KOMPLEKS SUKAN BALIK PULAU KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Kompleks Sukan Balik Pulau yang mula dinaiktaraf pada bulan Julai tahun 2022 telah siap sepenuhnya pada tahun ini. Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang telahpun menukar permukaan lantai yang berjenis Acrylic yang telah rosak kepada permukaan jenis Polyurethane (PU) dimana ianya lagi bersesuai dan selamat untuk bersukan.

Fasiliti Di Komplek Sukan Balik Pulau:

4 Gelanggang Badminton Indoor

1 Gelanggang Futsal Indoor

2 Padang Bola Sepak terbuka

319 parkir kenderaan

4 bilik persalinan

1 Bilik VIP

1 Bilik Mesyuarat

1 Bilik Sidang Media

2 kaunter tiket

Tuan-tuan & Puan-puan yang berminat boleh membuat tempahan melalui sistem atas talian PSDKLPP

https://etempahan.psdklpp.gov.my/

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 04-5899 209

#thinklocalactglobal

#stadiumintheforest